Cara Membuat Sandwich Tuna Mayo Sesuai Untuk Berniaga | Tips Rahsia Dikongsikan Bersama
Ramai yang tahu buat sandwich ni. Sebab resepinya dan bahan pun mudah dicari. Tetapi ramai tak tahu bagaimana nak packing dan pasarkan sandwich mereka. OK untuk tips berniaga homemade foods kali ni Dapur Ngosek akan tunjuk cara buat sandwich untuk jualan dengan dengan lebih teratur dan cantik.
Untuk resepi sandwich tuna ni menghasilkan 20 keping sandwich 3 lapis dan dipotong 4. Ramai yang bertanya kenapa perlu potong sampai 4 kerana ianya menjadi sangat kecil. Jangan risau sebab kita guna 3 lapisan roti. Potongan kepada 4 bahagian menjadikan sandwich mudah didirikan dan disusun didalam kotak. Jadi setiap penciptaan tu adalah sebabnya kan.